Saturday 4 June 2011

PAS TOLAK KEPEMIMPINAN ULAMA

1.   Akhirnya rancangan Anwar untuk menobatkan ayam sabungnya, Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS telah berjaya.
2.   Beliau mendapat undi sebanyak 420 menyingkirkan penyandangnya Nasharuddin Isa (224) dan Tuan Ibrahim Man Tuan (399). Ini merupakan tamparan maut buat Nasharudin Mat Isa yang tewas setelah dua penggal menduduki kerusi tersebut.

3.    Untuk memujuk hatinya sendiri, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa perwakilan sudah faham bahawa pemilihan kali ini membuktikan bahawa ada Majlis Syura Ulama yang akan memainkan peranan penting yang dianggap sebagai panduan. Beliau tidak menganggap keputusan ini mencerminkan penolakan terhadap ulama, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat.
4.   Ertinya Mat Sabu yang dianggap dalam golongan Erdogan berjaya menembusi tembok golongan ulama PAS yang mendominasi barisan kepemimpinan PAS selama ini.
5.    Bagi jawatan Naib Presiden pula, Sallahudin Ayob, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar, telah berjaya mengekalkan kerusi masing-masing dengan undian 753, 660 dan 616.
6.    Presiden PAS yang terus menang tanpa perlu bertanding, Datuk Seri Haji Hadi Awang pula terus membuat perakuan bahawa tiada masalah baginya untuk menerima timbalan dari golongan bukan ulama. Semua sama sahaja, katanya. Janji boleh membantunya melaksanakan slogan Negara berkebajikan.
7.    Patutlah slogan menubuhkan Negara Islam telah dikuburkan kerana beliau telah awal-awal lagi dapat menghidu bahawa golongan bukan ulama akan mengambil alih tampuk kepemimpinan PAS. Sekarang diganti dengan slogan Negara berkebajikan pula.
8.    Dengan kemenangan Mat Sabu dan geng-gengnya maka seruan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Harun Taib supaya mengekalkan kepemimpinan ulama ditolak mentah-mentah oleh perwakilan. Mereka mahukan perubahan besar dalam PAS, mereka selama ini merasakan mereka asyik terperosok bawah tempurung ulama yang otordoks. Mereka mahu bebas, mereka mahu lihat dunia baru. Ini yang diharap daripada Mat Sabu.
9.    Lagipun Mat Sabu yang sering lantang membawa berbagai gimik kepada PAS. Antaranya beliaulah yang memberi gelaran al-Juburi kepada Anwar Ibrahim maka sampai hari ini, orang mengenali Anwar sebagai Anwar al-Juburi. Orang lain tak boleh marah sebab Mat Sabu yang mengalungkan gelaran ini.
10.   Kita akan lihat apa yang berlaku selepas ini, apakah Mat Sabu akan menyambut pelukan atau menyerang sahabatnya Anwar al-Juburi!

No comments:

Post a Comment