1. Surah al-Maidah, ayat 2, memberi maksud, "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
3. Dalam konteks politik di negara ini, UMNO dan PAS telah lama bermusuhan bermula sejak tahun 1978, ertinya sudah 33 tahun merka bermasam muka. Dalam tempoh itu, ramai sudah pemimpin dan ahli-ahli yang mendokong permusuhan atau terlibat sama telah menemui Allah SWT.
4. Kita berasa letih dan bosan melihat pertelingkahan sesama muslim yang bagaikan tiada penghujungnya. Masing-masing tetap berkeras menegakkan pandangan kelompok sendiri. Sebenarnya tiada kelompok mana-mana pun boleh mendakwa bahawa kebenaran itu monopoli kelompok tertentu sahaja. Kebenaran adalah milik Allah, bukannya milik mana-mana individu. Setiap dari kita diwajibkan berusaha menegakkan agama Allah, agama yang benar dan tindakan yang benar.
5. Mengapakah umat Islam dilihat sentiasa suka bersangka buruk? Bukankah sikap ini dikeji Islam? Sampai bilakah umat Islam akan sentiasa begini?
6. Kemana perginya alim ulamak, tokoh-tokoh agama Islam yang tersohor? Kenapa masih berdiam diri? Kenapa masih berkeras hati? Kenapa takut? atau tidak ambil kisah?
7. Yang pastinya hari ini, keadaan semakin kronik. Gerakan musuh-musuh Islam terang-terangan berusaha memacah-belahkan perpaduan sesama Islam. Kes perjumpaan tertutup Ketua-Ketua Padri dan Gereja Kristian di Pulau Pinang baru-baru ini menjadi bukti terhadap kerapuhan perpaduan umat Islam. Mereka atas sifat pengamal agama Kristian akan tetap menentang Islam. Dalam konteks negara ini, mereka berusaha untuk menukar agama rasmi negara kepada agama Kristian! Sanggupkah kita dipayungi agama Kristian dalam negara ini yang dianggap tanahair sendiri?
8. Telah ada usaha ke arah penyatuan ini. Tetapi langkah dan usaha penyatuan umat Islam disambut dingin oleh umat Islam sendiri terutama pemimpin tertinggi PAS (dalam isu ini disebut Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS). PAS tidak dapat menerima lamaran UMNO untuk bersatu. Mereka tidak yakin atas keikhlasan UMNO. Sebaliknya mereka meminta bubarkan UMNO dan masuk PAS. Apa yang dimaksudkan UMNO ialah penyatuan dalam pemikiran dan tindakan bersama yang melibatkan hal-hal agama Islam dan bangsa Melayu. Perbezaan ideologi politik jangan dijadikan tembok pemisah yang tidak memungkinkan penyatuan ini berlaku.
9. Fikirlah secara bijaksana dan istiqamah demi masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kita. Jangan kita lupakan kata-kata pujangga, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!". Bertolong-tolongan lah kita untuk kebaikan bersama semoga Allah SWT memberi Rahmat dan HidayahNya kepada kita semua....
No comments:
Post a Comment