Sunday 28 August 2011

PENGKHIANAT MELAYU: SELEPAS ANWAR, MAT SABU


1.  Semenjak Mat Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memberi keuntungan politik kepada parti pembangkang terutama DAP. Dengan undi sebanyak 420 menyingkirkan penyandangnya Nasharuddin Isa (224) dan Tuan Ibrahim Man Tuan (399), beliau penuh yakin bertindak sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara (sebenarnya hanya setakat berceramah sahaja) membidas Barisan Nasional khususnya UMNO.


2.  Terkini Mat Sabu dengan angkuh dan sikap bodohnya menyatakan beliau akan mengubah fakta sejarah Negara. Katanya, fakta sejarah yang ditulis sekarang tidak betul. Beliau mengambil contoh peristiwa Bukit Kepong dimana Muhammad Indera, lelaki Melayu yang mengkhianati bangsanya sendiri yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 orang komunis dianggap hero sebenar walaupun mereka sebenarnya yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka yang diserang hendap dibalai tersebut. Mat Sabu kata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh pasukan polis sebagai hero sebenar!


3.  Mat Sabu kata Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abd Rahman bukan pejuang kemerdekaan sebab mereka pegawai British.


4.  Kata-kata ini disebutkan semasa Mat Sabu berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos  bersamaan 21 Ramadhan yang lalu. Kerana kemaruk kuasa politik Mat Sabu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengambil alih Putrajaya. Beliau berikrar akan mengubah semula fakta sejarah Negara.

5.  Mat Sabu sanggup menyanjung angota komunis sebagai hero dan menghina anggota-anggota polis yang berjuang menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan Negara. Maknanya apa yang telah dilakukan oleh anggota polis dan askar dahulu tak berguna langsung, tidak membawa apa-apa erti dan membazir. Pada pendapat Mat Sabu, kemerdekaan yang diusahakan oleh Tunku Abd Rahman dan rakan-rakan yang lain tak patut berlaku. Patut komunis yang beri kemerdekaan bukan British.!


6.  Kini diketahui selepas Anwar dianggap sebagai pengkhianat, ada seorang lagi Melayu bernama Mat Sabu yang akan menghancurkan bangsanya.


7.  Walaupun Anwar “al-Juburi” (gelaran yang diberikan oleh Mat Sabu) setelah Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri menjelaskan peristiwa Mat Sabu (Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan) ditangkap berkhalwat dengan isteri orang bernama Norma di Hotel Perdana di Kota Baru pada tahun 1995. Mat Sabu ditangkap oleh Majlis Islam Negeri Kelantan. Mat Sabu amat marah dengan Anwar kerana menggunakan media arus perdana menceritakan kisah khalwatnya dan mengaibkan beliau.


8.  Mungkin juga Mat Sabu sedang berkira-kira untuk mengubah fakta sejarah itu dengan mengatakan beliau tidak dikenakan hukuman sebab telah dibebaskan. Anwar lah yang membantu membebaskan beliau. Meskipun beliau memang berkhalwat dalam Bilik 121 itu namun Anwar adalah hero yang telah menyelamatkannya dari hukuman mahkamah.

9.  Sekarang Mat Sabu ‘cium mulut’ dengan Anwar dan Kit Siang. Mat Sabu boleh juga tolong ubahkan fakta bahawa Anwar masuk UMNO dulu kerana tergila-gilakan jawatan tinggi dalam UMNO umpama Ketua Pemuda UMNO atau Mente Anwar masuk UMNO dulu secara sukarela untuk menegakkan perjuangan Islri! Anwar hanya nak bantu Mahathir sahaja, tak lebih dari itu.


10.  Atau Mat Sabu tolong ubahkan fakta sejarah bahawa beliau bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh dalam tahun 1986 kerana tidak berpuas hati sebab Anwar tinggalkan ABIM dan menyertai UMNO.


11.  Atau Mat Sabu tolong ubahkan fakta sejarah bahawa Anwar amat tidak berkenan dengannya ketika sama-sama di Yayasan Anda, atau ubah fakta sejarah peribadinya yang dipecat dari belajar di ITM (kini UiTM) pada tahun 1975.


12.  Mat Sabu mahu dikenang nanti sebagai seorang rakyat Malaysia yang Berjaya merubah fakta sejarahnya sendiri.


13.  Mat Sabu akan terus berkokok dan tahu ekornya bergelumang dengan tahinya sendiri…!!

Sunday 7 August 2011

ASRAMA DAN GEREJA


1.     Belum pun reda dengan isu asrama Yayasan Selangor di Kg Pandan yang akan dirobohkan, timbul pula isu serbuan ke atas sebuah gereja Methodist di Seksyen 13, Petaling Jaya. Tindakan mahu merobohkan asrama yang telah memberikan jasa baktinya lebih 30 tahun kepada rakyat Selangor merupakan tindakan zalim kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. PKR patut diberitahu bahawa Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1975 bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar miskin dari kampung-kampung di negeri Selangor melanjutkan pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di sekitar Lembah Kelang.

2.   Kita masih teruja dengan kemeriahan dan kegiatan penghuni Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin dimana pelajar lelaki dan perempuan tinggal dan bersekolah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Victoria, Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas dan Sekolah Menengah Methodist.

3.   Memang panas situasi di Selangor sejak PKR dan rakan-rakan sekutunya memerintah. Lepas satu, satu isu timbul. Masih banyak janji PRU12 yang belum ditunaikan mereka, berbagai alasan diberi untuk mengabur pandangan rakyat. Dulu heboh isu-isu penjualan arak, gambar bogel Elizabenth Wong, curi pasir, perlantikan SUK,  tanah Yayasan Basmi Kemiskinan, Penasihat RM1, konsert di I-City dan banyak lagi hal-hal panas yang merimaskan rakyat Selangor.

4.   Kelmarin timbul pula isu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas sebab dikatakan pihak gereja menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian terhadap orang Islam.

5.   Exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Dr. Hasan Ali mempertahankan tindakan JAIS menyerbu gereja berkenaan. Sebagai seorang Exco sudah tentulah beliau mendapat maklumat tentang sebarang tindakan yang akan dilakukan oleh agensi dibawah seliaan beliau. Tetapi tindakan beliau ditempelak oleh oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sehari selepas itu, Menteri Besar telah mengarahkan semua Exco Selangor ‘tutup mulut’ tidak membenarkan mereka membuat sebarang ulasan mengenai kejadian tersebut.

6.   Malah Tan Sri Khalid dengan segeranya berhasrat untuk berjumpa Pastor Kanan Daniel Ho untuk memohon maaf. Apakah tujuan beliau? Mengapa beliau berasa kesal? Apakah beliau tidak faham tentang tugas dan tanggungjawab JAIS?  Sebagai Menteri Besar, adakah beliau tidak maklum mengenai tugas JAIS menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang Islam termasuklah aktiviti yang menyebarkan agama lain kepada umat Islam. Kenapa dengan cepatnya beliau berjumpa Pastor tersebut sebelum mendapat penjelasan JAIS terlebih dahulu?

7.   Datuk Dr. Hasan Ali pula semacam telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat sebagai Exco demi memperjuangkan kepentingan akidah umat Islam. Lagipun dalam mesyuarat Exco, hanya beliau seorang sahaja yang mempertahankan hal-hal berkaitan Islam manakala Exco bangsa Melayu yang lain tutup mulut termasuk Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Dr. Halimah Ali dan Iskandar Abd Samad menentang Exco lain seperti Teresa Kok, Dr. Xavier, Elizabeth Wong dan Ronnie Liu.

8.   Laporan media tempatan menyatakan bahawa terdapat maklumat orang Islam menghadiri majlis berbuka puasa di gereja berkenaan dan pemeriksaan mendapati 12 orang beragama Islam menghadiri majlis itu. Tiada tangkapan dibuat dan mereka diarahkan hadir di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut. Tindakan ini bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 11 (4) Undang-Undang Negeri,dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-Undang Persekutuan yang menyatakan ia boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.

9.   Jelas bahawa tindakan tergesa-gesa Tan Sri Khalid berjumpa dan memohon maaf boleh dipertikaikan. Apakah beliau tidak sedar bahawa mubaligh Kristian ini berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi pemikiran umat Islam di Selangor supaya mengubah akidah mereka kepada agama Kristian. Mereka diberikan bantuan kewangan, Bible versi bahasa Melayu dan lagu-lagu gereja dan ceramah-ceramah yang jelas menolak Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

10. Apakah Tan Sri Khalid buta?

11. Amat memalu dan memualkan.

Saturday 6 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Salam Ramadhan. Hari ini 6hb Ogos 2011 telah masuk hari keenam umat Islam di negara kita menjalani ibadah puasa.

Alhamdulillah ibadah puasa ini dapat dilaksanakan dalam suasana negara yang aman, makmur dan sejahtera meskipun terdapat beberapa isu semada yang melanda masyarakat seperti pendatang tanpa izin (PATI), gangguan politik melalui demonstrasi jalanan (Bersih 2.0), perletakan jawatan Naib Canselor UNISEL, isu bekalan air di Lembah Kelang yang kritikal dalam masa dua tiga tahun lagi, dan beberapa isu yang sering diperkatakan.

Namun umumnya negara kita masih aman damai dan pihak penguasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa siap-siaga menjaga ketenteraman dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman.

Sama-samalah kita berdoa supaya kita semua diberi perlindungan Allah SWT.

Selamat menjalani ibadah puasa....!!