Friday 30 September 2011

BUKIT KEPONG : SARJAN JAMIL PAHLAWAN MELAYU SEJATI

BAHAGIAN I

1.  Saya ingin memaparkan dalam tulisan kali ini berkaitan dua tokoh yang mempunyai ‘autoriti’ dalam isu Bukit Kepong yang telah dibangkitkan oleh Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS pada 21 Ogos 2011 yang lalu. Mereka ialah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) memang diakui sebagai seorang yang pakar sejarah dan Datuk Seri J.J.Raj, bekas Ketua Polis Daerah Pagoh. Saya terpanggil untuk menggabungkan kedua-dua paparan tulisan dan temubual mereka seperti yang disiarkan Mingguan Malaysia pada 4 September 2011.

2.  Peristiwa tersebut amat wajar dibaca dan difahami oleh semua warga Malaysia yang ingin mengetahui lebih mendalam sejarah Negara. Berikut adalah sebahagian peristiwa tersebut untuk kita kongsi bersama.       

3.  Serangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 23 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah Negara.  Ia berlaku sehari sebelum masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina. Pada masa itu J.J.Raj (berumur 27 tahun) adalah Ketua Polis Daerah (OCPD) Pagoh yang bertanggungjawab menjaga 20 balai polis dan 20 pondok polis termasuk Balai Polis Bukit Kepong.

4.  Pada 22 Februari 1950 beliau telah membuat lawatan bersama 10 anggota dengan menaiki kenderaan melalui Lenga dimana berlaku serangan hendap komunis. Di Balai Polis Bukit Kepong, beliau bertemu dengan Sarjan Jamil Mohd Shah, Penghulu Ali dan beberapa orang mata-mata membuat rondaan berbasikal sekitar Pekan Bukit Kepong.

5.  Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan Negara dan masyarakat.

6.  Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya untuk meletakkan Regimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180 – 200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu diketuai oleh Mat Indera. Tepat jam 4.30 pagi pengganas komunis meniup trumpet kali pertama dan mereka melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Bukit Kepong dengan menggunakan senjata automatik.

7.  Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh (berumur 28 tahun), Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya yang hanya berbekalkan dua pucuk senjata automatik untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.

8.  Kira-kira jam 6.30 pagi, pihak komunis meniup trumpet untuk kali kedua dan tembakan dihentikan serta merta. Mat Indera melalui pembesar suara telah meminta polis menyerah diri sekiranya mahu selamat tetapi Sarjan Jamil menjawap yang pihak polis tidak sesekali menyerah diri. Dia berkata, biar putih tulang jangan putih mata. Ketika itu ramai anggotanya telah terbunuh dan cedera parah. Tanpa rasa kasihan, pengganas komunis meniup trumpet buat kali ketiga dan terus menghujani anggota polis dengan tembakan bertali arus meliputi sekeliling balai. Namun komunis gagal memasuki kawasan balai sehingga mereka terpaksa melakukan serangan dengan ‘molotov cocktail’ hingga menyebabkan balai terbakar. Sarjan Jamil dan anggotanya lari ke kubu bersebelahan untuk menyerang balik komunis. Mereka tidak menyerah kalah.
9.  Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang dari kekuatan komunis tujuh kali ganda ramainya seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan jiwa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya.

10.  Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri anggota polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang.

11.  Seramai 27 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 14 orang anggota polis, 5 anggota polis bantuan, 4 isteri polis dan 4 anak-anak polis serta 4 lagi anggota polis cedera parah. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.

12.  Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta pertolongan. Dato’ Onn Jaafar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat  kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai suatu tindakan yang sangat ‘determined and heroic’.

13.  Tetapi mengapa Balai Polis Bukit Kepong yang menjadi sasaran komunis? Peristiwa ini sebenarnya bermula pada 16 Jun 1948, pengganas komunis telah menembak seorang pengurus estet di Sungai Siput, Perak. Kemudian ia merebak menyerang balai-balai di seluruh Negara termasuklah 300 orang pengganas komunis menyerang balai polis Gua Musang dan bertindak kurang ajar dengan menyerang dan menaikkan bendera di merata balai yang diserang dan mengisytiharkan pula kawasan tersebut sebagai white area (milik mereka).

14.  Namun sekitar awal 1950-an, pasukan keselamatan dan polis semakin kuat, mengakibatkan komunis semakin lemah dan ramai yang ditembak mati. Beberapa bulan sebelum peristiwa Bukit Kepong, iaitu pada 22 Januari 1950, kira-kira 22 pengganas komunis ditembak mati di Labis. Untuk menaikkan semula semangat perjuangan mereka, pihak atas komunis telah memberi arahan supaya mencari sasaran yang lemah untuk diserang. Maka dikenal pasti Balai Polis Bukit Kepong yang terletak jauh di pedalaman dan sukar berkomunikasi yang hanya boleh dihubungkan melalui jalan kampong dan Sungai Muar.

15.  Dari rentetan persitiwa ini jelas bagaimana kentalnya semangat anggota keselamatan mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan maruah dan pengganas komunis tanpa rasa belas kasihan menunjukkan kekejaman mereka bagi mendapatkan kuasa.

16.  Sarjan Jamil bersama anggota-anggotanya itulah sebenarnya pahlawan Melayu sejati.

17.  Mengapa Mat Sabu tiba-tiba mahu mengangkat PKM dan Mat Indera sebagai hero? Ia ibarat bom jangka bagi orang Melayu di Negara ini. Mat Sabu akan menerima balasan dan kecaman paling hebat dan terpahat dalam sejarah baru Negara. Mat Sabu tidak boleh berbohong dengan sejarah. Rakyat akan menghukumnya…..!

Sunday 28 August 2011

PENGKHIANAT MELAYU: SELEPAS ANWAR, MAT SABU


1.  Semenjak Mat Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memberi keuntungan politik kepada parti pembangkang terutama DAP. Dengan undi sebanyak 420 menyingkirkan penyandangnya Nasharuddin Isa (224) dan Tuan Ibrahim Man Tuan (399), beliau penuh yakin bertindak sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara (sebenarnya hanya setakat berceramah sahaja) membidas Barisan Nasional khususnya UMNO.


2.  Terkini Mat Sabu dengan angkuh dan sikap bodohnya menyatakan beliau akan mengubah fakta sejarah Negara. Katanya, fakta sejarah yang ditulis sekarang tidak betul. Beliau mengambil contoh peristiwa Bukit Kepong dimana Muhammad Indera, lelaki Melayu yang mengkhianati bangsanya sendiri yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 orang komunis dianggap hero sebenar walaupun mereka sebenarnya yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka yang diserang hendap dibalai tersebut. Mat Sabu kata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh pasukan polis sebagai hero sebenar!


3.  Mat Sabu kata Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abd Rahman bukan pejuang kemerdekaan sebab mereka pegawai British.


4.  Kata-kata ini disebutkan semasa Mat Sabu berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos  bersamaan 21 Ramadhan yang lalu. Kerana kemaruk kuasa politik Mat Sabu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengambil alih Putrajaya. Beliau berikrar akan mengubah semula fakta sejarah Negara.

5.  Mat Sabu sanggup menyanjung angota komunis sebagai hero dan menghina anggota-anggota polis yang berjuang menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan Negara. Maknanya apa yang telah dilakukan oleh anggota polis dan askar dahulu tak berguna langsung, tidak membawa apa-apa erti dan membazir. Pada pendapat Mat Sabu, kemerdekaan yang diusahakan oleh Tunku Abd Rahman dan rakan-rakan yang lain tak patut berlaku. Patut komunis yang beri kemerdekaan bukan British.!


6.  Kini diketahui selepas Anwar dianggap sebagai pengkhianat, ada seorang lagi Melayu bernama Mat Sabu yang akan menghancurkan bangsanya.


7.  Walaupun Anwar “al-Juburi” (gelaran yang diberikan oleh Mat Sabu) setelah Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri menjelaskan peristiwa Mat Sabu (Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan) ditangkap berkhalwat dengan isteri orang bernama Norma di Hotel Perdana di Kota Baru pada tahun 1995. Mat Sabu ditangkap oleh Majlis Islam Negeri Kelantan. Mat Sabu amat marah dengan Anwar kerana menggunakan media arus perdana menceritakan kisah khalwatnya dan mengaibkan beliau.


8.  Mungkin juga Mat Sabu sedang berkira-kira untuk mengubah fakta sejarah itu dengan mengatakan beliau tidak dikenakan hukuman sebab telah dibebaskan. Anwar lah yang membantu membebaskan beliau. Meskipun beliau memang berkhalwat dalam Bilik 121 itu namun Anwar adalah hero yang telah menyelamatkannya dari hukuman mahkamah.

9.  Sekarang Mat Sabu ‘cium mulut’ dengan Anwar dan Kit Siang. Mat Sabu boleh juga tolong ubahkan fakta bahawa Anwar masuk UMNO dulu kerana tergila-gilakan jawatan tinggi dalam UMNO umpama Ketua Pemuda UMNO atau Mente Anwar masuk UMNO dulu secara sukarela untuk menegakkan perjuangan Islri! Anwar hanya nak bantu Mahathir sahaja, tak lebih dari itu.


10.  Atau Mat Sabu tolong ubahkan fakta sejarah bahawa beliau bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh dalam tahun 1986 kerana tidak berpuas hati sebab Anwar tinggalkan ABIM dan menyertai UMNO.


11.  Atau Mat Sabu tolong ubahkan fakta sejarah bahawa Anwar amat tidak berkenan dengannya ketika sama-sama di Yayasan Anda, atau ubah fakta sejarah peribadinya yang dipecat dari belajar di ITM (kini UiTM) pada tahun 1975.


12.  Mat Sabu mahu dikenang nanti sebagai seorang rakyat Malaysia yang Berjaya merubah fakta sejarahnya sendiri.


13.  Mat Sabu akan terus berkokok dan tahu ekornya bergelumang dengan tahinya sendiri…!!

Sunday 7 August 2011

ASRAMA DAN GEREJA


1.     Belum pun reda dengan isu asrama Yayasan Selangor di Kg Pandan yang akan dirobohkan, timbul pula isu serbuan ke atas sebuah gereja Methodist di Seksyen 13, Petaling Jaya. Tindakan mahu merobohkan asrama yang telah memberikan jasa baktinya lebih 30 tahun kepada rakyat Selangor merupakan tindakan zalim kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. PKR patut diberitahu bahawa Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1975 bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar miskin dari kampung-kampung di negeri Selangor melanjutkan pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di sekitar Lembah Kelang.

2.   Kita masih teruja dengan kemeriahan dan kegiatan penghuni Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin dimana pelajar lelaki dan perempuan tinggal dan bersekolah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Victoria, Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas dan Sekolah Menengah Methodist.

3.   Memang panas situasi di Selangor sejak PKR dan rakan-rakan sekutunya memerintah. Lepas satu, satu isu timbul. Masih banyak janji PRU12 yang belum ditunaikan mereka, berbagai alasan diberi untuk mengabur pandangan rakyat. Dulu heboh isu-isu penjualan arak, gambar bogel Elizabenth Wong, curi pasir, perlantikan SUK,  tanah Yayasan Basmi Kemiskinan, Penasihat RM1, konsert di I-City dan banyak lagi hal-hal panas yang merimaskan rakyat Selangor.

4.   Kelmarin timbul pula isu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas sebab dikatakan pihak gereja menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian terhadap orang Islam.

5.   Exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Dr. Hasan Ali mempertahankan tindakan JAIS menyerbu gereja berkenaan. Sebagai seorang Exco sudah tentulah beliau mendapat maklumat tentang sebarang tindakan yang akan dilakukan oleh agensi dibawah seliaan beliau. Tetapi tindakan beliau ditempelak oleh oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sehari selepas itu, Menteri Besar telah mengarahkan semua Exco Selangor ‘tutup mulut’ tidak membenarkan mereka membuat sebarang ulasan mengenai kejadian tersebut.

6.   Malah Tan Sri Khalid dengan segeranya berhasrat untuk berjumpa Pastor Kanan Daniel Ho untuk memohon maaf. Apakah tujuan beliau? Mengapa beliau berasa kesal? Apakah beliau tidak faham tentang tugas dan tanggungjawab JAIS?  Sebagai Menteri Besar, adakah beliau tidak maklum mengenai tugas JAIS menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang Islam termasuklah aktiviti yang menyebarkan agama lain kepada umat Islam. Kenapa dengan cepatnya beliau berjumpa Pastor tersebut sebelum mendapat penjelasan JAIS terlebih dahulu?

7.   Datuk Dr. Hasan Ali pula semacam telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat sebagai Exco demi memperjuangkan kepentingan akidah umat Islam. Lagipun dalam mesyuarat Exco, hanya beliau seorang sahaja yang mempertahankan hal-hal berkaitan Islam manakala Exco bangsa Melayu yang lain tutup mulut termasuk Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Dr. Halimah Ali dan Iskandar Abd Samad menentang Exco lain seperti Teresa Kok, Dr. Xavier, Elizabeth Wong dan Ronnie Liu.

8.   Laporan media tempatan menyatakan bahawa terdapat maklumat orang Islam menghadiri majlis berbuka puasa di gereja berkenaan dan pemeriksaan mendapati 12 orang beragama Islam menghadiri majlis itu. Tiada tangkapan dibuat dan mereka diarahkan hadir di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut. Tindakan ini bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 11 (4) Undang-Undang Negeri,dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-Undang Persekutuan yang menyatakan ia boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.

9.   Jelas bahawa tindakan tergesa-gesa Tan Sri Khalid berjumpa dan memohon maaf boleh dipertikaikan. Apakah beliau tidak sedar bahawa mubaligh Kristian ini berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi pemikiran umat Islam di Selangor supaya mengubah akidah mereka kepada agama Kristian. Mereka diberikan bantuan kewangan, Bible versi bahasa Melayu dan lagu-lagu gereja dan ceramah-ceramah yang jelas menolak Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

10. Apakah Tan Sri Khalid buta?

11. Amat memalu dan memualkan.

Saturday 6 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Salam Ramadhan. Hari ini 6hb Ogos 2011 telah masuk hari keenam umat Islam di negara kita menjalani ibadah puasa.

Alhamdulillah ibadah puasa ini dapat dilaksanakan dalam suasana negara yang aman, makmur dan sejahtera meskipun terdapat beberapa isu semada yang melanda masyarakat seperti pendatang tanpa izin (PATI), gangguan politik melalui demonstrasi jalanan (Bersih 2.0), perletakan jawatan Naib Canselor UNISEL, isu bekalan air di Lembah Kelang yang kritikal dalam masa dua tiga tahun lagi, dan beberapa isu yang sering diperkatakan.

Namun umumnya negara kita masih aman damai dan pihak penguasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa siap-siaga menjaga ketenteraman dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman.

Sama-samalah kita berdoa supaya kita semua diberi perlindungan Allah SWT.

Selamat menjalani ibadah puasa....!!

Tuesday 26 July 2011

TEOH BENG HOCK MATI KERANA DAP


1.   DAP patut bertanggungjawab terhadap kes kematian Teoh Beng Hock (TBH).

2.  DAP tidak patut memperkudakan keluarga TBH dengan mempolitikkan kes tersebut. Sebenarnya TBH adalah mangsa politik DAP yang paling kotor. TBH mati kerana DAP. Selama dua tahun DAP telah 'conditioning' pemikiran rakyat bahawa TBH mati dibunuh. Mana mungkin DAP mahu menerima keputusan Suruhanjaya?

3.  Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja amat jelas iaitu TBH membunuh diri. Siasatan yang diketuai Tan Sri James Foong telah dijalankan 'without fear or favour'. Faktanya selepas 50 hari bersidang dengan 70 orang saksi memberi keterangan termasuk saksi pakar dari dalam dan luar Negara.

4.  Apa puncanya? Tiga pegawai yang dinamakan sebagai Hishamuddin Hashim, Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Anuar telah tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sebaliknya menggunakan teknik soal-siasat yang agresif (overzealous). Tugas mereka berpunca daripada aduan rasuah yang dibuat terhadap pemimpin DAP dimana TBH dipanggil sebagai saksi utama.

5.  Jangan lupa penyebabnya. DAP yang menjadi sebabnya. DAP yang mengaitkan TBH dalam kes rasuah berkaitan pemberian kontrak di negeri Selangor. Beliau adalah seorang pegawai yang akur dengan perintah dan arahan bosnya iaitu Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan. TBH seorang pekerja yang baik dan taat tetapi dikhianati majikannya. Beliau bertindak “baling batu sembunyi  tangan”. Sebagai majikan yang bertanggungjawab, beliau patutnya beliau sentiasa bersama TBH, bukannya membiarkan TBH seorang diri menghadapi tekanan hasil perbuatan beliau sendiri.

6.  Beliau patut mohon maaf kerana menipu keluarga TBH. Selama ini dimomokkan bahawa TBH telah dibunuh dan kes ini SPRM dikaitkan secara langsung. Beliau sanggup mengheret keluarga TBH semata-mata kerana modal politik dan memperbodohkan rakyat terutama penyokong pembangkang.

7.  Sebenarnya TBH mati kerana DAP..!!

Tuesday 5 July 2011

AMBIGA EJEN LUAR???

1.   Beberapa Ahli Dewan Ulama' PAS di peringkat kawasan Gombak menyatakan pendirian sekali lagi membantah Rusuhan BERSIH waimah ianya diadakan di dalam dewan. Ini kerana jika BERSIH diteruskan, ternyata Pakatan dilihat cuba mencabar titah Yang DiPertuan Agong yang sebelum ini melarang sebarang perhimpunan yang bakal mencetuskan ketidakstabilan politik tanah air.

2.   Salah seorang Ulama' PAS yang enggan dikenali berkata, PAS sewajarnya tidak membiarkan Ambiga berterusan mengawal segala keputusan yang sewajarnya tidak mengenepikan pandangan Ulama'. Perlu dingatkan bahawa Yang DiPertuan Agong juga merupakan Ketua Agama Islam dan segala pandangan Baginda mesti diputuskan Majlis Syura yang melibatkan tokoh2 Islam.

3.   Inilah salah satu budaya Islam yang diterapkan di dalam PAS sebelum ini semakin hilang dek kerana tunjuk kepada Pemimpin2 Bukan Islam yang mahukan kuasa termasuklah Ambiga. Mereka turut khuatir dengan perkembangan Pakatan yang semakin agresif membela Pemimpin2 yang membawa perjuangan Sosialis seperti Aktivis2 Parti Sosialis Malaysia (PSM).

4.   Walhal tanpa disedari, segala amalan2 yang diterapkan di dalam sehingga kini disekat Pimpinan Pakatan dan ianya bakal menghakis serta merta perjuangan PAS. Dengan ini, mereka mengulagi pendirian bahawa Ambiga bakal menghancurkan perjuangan Islam secara halus yang seterusnya menyekat pandangan PAS secara total.

Wednesday 29 June 2011

BATALKAN PERHIMPUNAN HARAM!

1.  Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Negara diselubungi dengan bahang kehangatan dengan isu panas BERSIH iaitu singkatan nama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Orang yang mengetuai kumpulan ini ialah Datuk S. Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam, yang kini dilihat condong kepada pembangkang, yang ‘anti-establishment’.

2.  Jadi eloklah cadangan ramai bahawa Majlis Peguam didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan bertanding dalam pilihan raya. Ini boleh membuktikan sejauh mana tahap kekuatan Majlis Peguam berjuang melalui pilihan raya. Sebabnya ramai dikalangan ahli mereka terlibat dalam pilihan raya meskipun tugas utama mereka sebenarnya memperjuangkan keadilan dalam profession peguam. Ini kerana terlalu banyak kes yang belum selesai akibat daripada birokrasi dan kekangan. Sepatutnya ini yang menjadi perjuangan mereka tetapi mereka lebih berminat dengan politik!
3.  Maka mereka mendokong BERSIH yang memang tidak bersih tujuan, niat, kesan dan matlamatnya. Mereka hanya mahu kuasa untuk melakukan apa saja perkara sesuka hati tanpa menghirau pandangan orang lain apabila sudah mendapat kuasa.
4.   Kumpulan ini ada niat kotor apabila sudah tahu dan sengaja membiarkan pertembungan dengan gerombolan PERKASA dan Pemuda UMNO.
5.   Teruskanlah wahai Ambiga dan kiasu yang terlibat. Jika berlaku apa-apa kerosakan dan kemusnaha kelak, Ambiga dan konco-konconya perlu bertanggungjawab. Selain menuntut 8 perkara (sebenarnya 4 perkara sahaja yang berkaitan dengan SPR, yang lain bukan) ada agenda lain yang tersirat. Heboh sudah bahawa kumpulan ini turut mempromosikan fahaman komunis di Pulau Pinang. Polis pun merampas banyak risalah dan baju T yang cuba diedarkan kepada orangramai.
6.   Ancaman terhadap keselamatan Negara melalui gerakan komunis kini mula meresapi demonstrasi haram ini. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan menyebarkan propaganda jahat untuk menggulingkan kerajaan. Sungguh tak disangka akan kemunculan semula gerakan komunis dalam Negara kita. Nampaknya semua bekas tentera akan mengilap semula senjata untuk sama-sama mempertahankan Negara daripada komunis durjana.
7.   Kepada penganjur perhimpunan haram ini, janganlah dikotorkan Negara kami yang telah sedia bersih hasil usaha dan kerja kuat kerajaan yang ada. Kalau tidak senang duduk di Negara ini, pergilah ke Singapura yang kononnya lebih bersih atau pindahlah ke mana Negara selain Malaysia.
8.   Sedarlah bahawa mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram itu ibarat telah ditungganggi Anwar dan Ambiga. Orang lain mendapat susah, mereka berdua yang untung. Nak tengok kelibat mereka yang tidak berapa sihat akal dan tidak berapa cerdik, kita lihat muka-muka yang serai perhimpunan haram itu nanti.
9.   Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diharap mengambil tindakan awal mencegah kejadian yang tidak diingini, umpamanya tidak memberi permit kepada mana-mana kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan, menahan dan menangkap mereka dan ejen-ejen mereka yang disyakki terlibat menganjur perhimpunan. Sehingga 27 Jun, sebanyak 1,697 laporan polis telah dibuat oleh berbagai pihak yang tidak bersetuju dengan perhimpunan ini. Oleh itu PDRM tolong bersihkan mereka daripada cubaan menggugat ketenteraman dan keselamatan rakyat. Rakyat telah memberi mandat untuk polis bertindak segera.
10.  Majoriti rakyat Malaysia mahukan supaya perhimpunan haram ini DIBATALKAN!.

Tuesday 21 June 2011

CARA KOTOR RAMPAS KUASA

1.   Gabungan pembangkang dan penyokong-penyokongnya menggunakan cara kotor untuk merampas kuasa.

2.   Mereka mengambil contoh kebangkitan rakyat di negara-negara Timur Tengah seperti Tunis, Libya, Yemen dan lain-lain bagi menghasut rakyat untuk mengikut kehendaknya. Tetapi situasi di sana amat berbeza, mereka tidak mengamalkan demokrasi sebaliknya kerajaan autokratik.

3.   Jika kumpulan pembangkang ini mahukan sebuah pilihan raya bersih seperti yang mereka fikirkan, mereka patut bawa ke Parlimen, bincangkan dan buat pindaan undang-undang. Sebaliknya perhimpunan ini dirancang semata-mata kerana ada agenda politik tertentu yang berselindung di sebalik gerakan ini.

4.   Kumpulan ini menuntut SPR menggunakan sistem dakwat kekal. Ikut kenyataan SPR, dakwat kekal tidak akan digunakan sebaliknya sistem biometrik, lebih canggih dan berupaya mengesan tahap keselamatan pengundian.

5.   Dalam bab berkempen pula, di Malaysia, kempen pilihan raya penuh 365 hari yakni sepanjang setahun, berbanding dengan negara lain umpamanya Amerika Syarikat, kempen-kempen dihentikan sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya Presiden. Selepas itu mereka bersama-sama memberikan tumpuan kepada pengurusan pentadbiran negara.

6.  Tetapi di negara ini lain caranya, ambil contoh PAS, sentiasa berkempen dari kuliah subuh hingga Qiamullail malah solat hajat pun digunakan untuk berkempen, memaki hamun, memfitnah, mengata dan sebagainya. Setidak-tidaknya penceramah-penceramah kuliah dan kelas-kelas belajar agama diselitkan dengan elemen-elemen kempen pilahan raya.

7.  Perkara-perkara lain yang dibangkitkan seperti kebebasan akhbar, rasuah dan undi pos semuanya sudah menjadi pengetahuan umum. Sebut nama-nama akhbar pembangkang - Harakah, Suara Keadilan dan Selangor Kini - sebagai contoh, banyak dijual di pasaran meskipun ada diantaranya tidak mempunyai permit jualan. Teliti isi kandungannya, sebut apa sahaja isu, semuanya ditulis tanpa ada batasannya, samada fakta atau fitnah, bukankah ini tanda kebebasan suara, kebebasan media? Itu tidak termasuk saluran yang digunakan melalui media baru ciptaan mereka.

8.  Jelas ini memberi gambaran sebenar apa niat kumpulan ini. Jika niat mereka untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), apa perlunya berhimpun, mengumpul ribuan manusia yang menimbulkan berbagai kemungkinan dan kebimbangan rakyat? Bukankah elok sekadar menghantar rombongan terus ke pejabat SUHAKAM. Ini nampak lebih bersih daripada BERSIH tetapi sebaliknya niat buruk dan kotor!

9.  Majoriti rakyat Malaysia yang matang dan rasional pasti menolak niat dan cara kotor ini...!!

Monday 20 June 2011

PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI


1.  9 Julai bakal menjadi hari hitam negara. Agen-agen perosak negara akan berhimpun, berarak, sambil membawa sepanduk dan placard memekik dan merosak harta benda dan keharmonian serta mengancam keselamatan negara. Lihatlah kesan kejadian perhimpunan yang pertama tahun 2007, juga perhimpunan-perhimpunan yang lain.

2.   Kenapa sedemikian? Kerana kerakusan dan mabuk kuasa, mereka akan buat apa saja, matlamat menghalalkan cara, asalkan matlamat tercapai.

3.   Pelan rusuhan dipimpin oleh proksi al-juburi, dan Melayu PAS Mat Sabu jadi barua Datuk Ambiga (Anugerah Datuk yang dikurniakan DYMM Sultan Perak). Apa sudah jadi? Kita bangsa Melayu yang penuh dengan nilai2 sopan dan budi bahasa serta bermaruah sanggup jadi kuda tunggangan hanya untuk membenarkan Anwar Ibrahim ke Putrajaya?

4.   Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Inilah barisan Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0.....Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash..

5.   Apa yang mereka mahu? Mereka mahu hal-hal seperti membersihkan daftar pemilih, mereformasikan sistem pengundian pos, memperkenalkan dakwat kekal, memastikan akses kepada media bebas dan adil, menjamin tempoh minima 21 hari berkempen, menghentikan rasuah dan politik kotor. Nak hentam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? Sudah banyak penambah-baikan dan pindaan undang-undang dibuat, pembersihan daftar pemilih sentiasa dilakukan, pengundi yang telah meninggal dunia telah dikeluarkan dari senarai. Undi pos apa masalahnya? Pemilih yang berkenaan memang dibenarkan oleh undang-undang mengundi cara sedemikian dan setiap parti yang bertanding ada wakil yang melihat. Nak minta supaya guna dakwat kekal? Dakwat telah diuji dan tidak menjamin daripada tidak berlakunya penyelewengan.

6.   Masa berkempen dipanjangkan 21 hari? Ini akan memakan belanja yang besar dan memberi impak kepada keselamatan. Akses media? Bukankah banyak saluran media yang mereka boleh gunakan? Mereka bebas cipta dan terbitkan media elektronik dan media cetak tanpa permit, sedangkan Utusan Malaysia diboikot, apakah ini kebebasan media? Tengoklah Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini dan lain-lain jenis media yang mereka terbitkan.

7.   Politik kotor? Politik tidak kotor, yang kotor pendokong-pendokong politik, dan kebanyakannya yang mengotorkan dan membuat kotor adalah pembangkang! Mereka berbuat jahat diluar gelanggang Parlimen. Malaysia memberi peluang rakyat memillih wakil mereka setiap 5 tahun sekali di peringkat Parlimen dan DUN. Atas nama demokrasi, pembangkang menang dan dapat perintah 4 negeri (Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan). Jika SPR tidak bagus, tidak telus, mana mungkin pembangkang boleh menang hingga menidakkan kemenangan 2/3 Barisan Nasional (BN)!

8.   Sembang-sembang dengan rakan-rakan tentang perhimpunan haram ini, mereka kata Melayu diperkudakan, ikut telunjuk Anwar. Ambiga nak jadi ikon baru kaum India, yang akan rosak nanti peniaga2 yg akan hilang pendapatan, kesesakan lalu-lintas yang amat teruk, pelancung takut nak datang ke Malaysia, pemandu teksi tak dapat hasil, peniaga kecil hilang pendapatan nak sara keluarga...dan bermacam-macam lagi kerosakan yang berlaku....
9.   Ambiga tahu kesan semua ini, tapi apa dia peduli? Ambiga punya pendapatan jumlah yang besar, apa peduli dengan peniaga-peniaga kecil? Apa dia kisah dengan pelancung tidak datang ke negara ini? Bukankah tindakan mereka guna cara Michiaveli, matlamat menghalalkan cara..persetan kerosakan yang berlaku, persetan keselamatan negara, persetan maruah orang-orang Melayu tercemar, persetan semua itu...
10.   Ambiga dengan bongkak berkata, dia akan teruskan perhimpunan dan perarakan haram itu nanti biarpun dia akan ditangkap! Wah...dah mula besar kepala! Berani mencabar kedaulatan undang-undang? Tapi memang beliau dan rakan-rakannya mahu polis menahan dan menangkap mereka, ini akan dijjadikan bahan momokan dan kempen pilihan raya nanti bagi menagih simpati rakyat.
11.  Timbalan Ketua Polis Negara sudah beri amaran yang dikira agak keras dan tegas iaitu polis tidak akan keluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang buat perhimpunan, polis akan ambil tindakan! Kita tabik polis, kita tabik ketegasan polis. Tapi kita nak tengok apa sebenarnya tindakan polis? Boleh kah polis ambil tindakan pre-emptive?
12.  Orang Melayu tidak mendapat sebarang keuntungan daripada perhimpunan haram ini, pihak-pihak yang bersembunyi di belakang tabir hanya menanti saat kaum majoriti berpecah sesama sendiri. Tengoklah nanti, Ambiga dan bangsa lain akan cabut lari awal-awal lagi bila polis bertindak, yang kena bedal nanti budak Melayu!