Wednesday 29 June 2011

BATALKAN PERHIMPUNAN HARAM!

1.  Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Negara diselubungi dengan bahang kehangatan dengan isu panas BERSIH iaitu singkatan nama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Orang yang mengetuai kumpulan ini ialah Datuk S. Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam, yang kini dilihat condong kepada pembangkang, yang ‘anti-establishment’.

2.  Jadi eloklah cadangan ramai bahawa Majlis Peguam didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan bertanding dalam pilihan raya. Ini boleh membuktikan sejauh mana tahap kekuatan Majlis Peguam berjuang melalui pilihan raya. Sebabnya ramai dikalangan ahli mereka terlibat dalam pilihan raya meskipun tugas utama mereka sebenarnya memperjuangkan keadilan dalam profession peguam. Ini kerana terlalu banyak kes yang belum selesai akibat daripada birokrasi dan kekangan. Sepatutnya ini yang menjadi perjuangan mereka tetapi mereka lebih berminat dengan politik!
3.  Maka mereka mendokong BERSIH yang memang tidak bersih tujuan, niat, kesan dan matlamatnya. Mereka hanya mahu kuasa untuk melakukan apa saja perkara sesuka hati tanpa menghirau pandangan orang lain apabila sudah mendapat kuasa.
4.   Kumpulan ini ada niat kotor apabila sudah tahu dan sengaja membiarkan pertembungan dengan gerombolan PERKASA dan Pemuda UMNO.
5.   Teruskanlah wahai Ambiga dan kiasu yang terlibat. Jika berlaku apa-apa kerosakan dan kemusnaha kelak, Ambiga dan konco-konconya perlu bertanggungjawab. Selain menuntut 8 perkara (sebenarnya 4 perkara sahaja yang berkaitan dengan SPR, yang lain bukan) ada agenda lain yang tersirat. Heboh sudah bahawa kumpulan ini turut mempromosikan fahaman komunis di Pulau Pinang. Polis pun merampas banyak risalah dan baju T yang cuba diedarkan kepada orangramai.
6.   Ancaman terhadap keselamatan Negara melalui gerakan komunis kini mula meresapi demonstrasi haram ini. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan menyebarkan propaganda jahat untuk menggulingkan kerajaan. Sungguh tak disangka akan kemunculan semula gerakan komunis dalam Negara kita. Nampaknya semua bekas tentera akan mengilap semula senjata untuk sama-sama mempertahankan Negara daripada komunis durjana.
7.   Kepada penganjur perhimpunan haram ini, janganlah dikotorkan Negara kami yang telah sedia bersih hasil usaha dan kerja kuat kerajaan yang ada. Kalau tidak senang duduk di Negara ini, pergilah ke Singapura yang kononnya lebih bersih atau pindahlah ke mana Negara selain Malaysia.
8.   Sedarlah bahawa mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram itu ibarat telah ditungganggi Anwar dan Ambiga. Orang lain mendapat susah, mereka berdua yang untung. Nak tengok kelibat mereka yang tidak berapa sihat akal dan tidak berapa cerdik, kita lihat muka-muka yang serai perhimpunan haram itu nanti.
9.   Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diharap mengambil tindakan awal mencegah kejadian yang tidak diingini, umpamanya tidak memberi permit kepada mana-mana kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan, menahan dan menangkap mereka dan ejen-ejen mereka yang disyakki terlibat menganjur perhimpunan. Sehingga 27 Jun, sebanyak 1,697 laporan polis telah dibuat oleh berbagai pihak yang tidak bersetuju dengan perhimpunan ini. Oleh itu PDRM tolong bersihkan mereka daripada cubaan menggugat ketenteraman dan keselamatan rakyat. Rakyat telah memberi mandat untuk polis bertindak segera.
10.  Majoriti rakyat Malaysia mahukan supaya perhimpunan haram ini DIBATALKAN!.

Tuesday 21 June 2011

CARA KOTOR RAMPAS KUASA

1.   Gabungan pembangkang dan penyokong-penyokongnya menggunakan cara kotor untuk merampas kuasa.

2.   Mereka mengambil contoh kebangkitan rakyat di negara-negara Timur Tengah seperti Tunis, Libya, Yemen dan lain-lain bagi menghasut rakyat untuk mengikut kehendaknya. Tetapi situasi di sana amat berbeza, mereka tidak mengamalkan demokrasi sebaliknya kerajaan autokratik.

3.   Jika kumpulan pembangkang ini mahukan sebuah pilihan raya bersih seperti yang mereka fikirkan, mereka patut bawa ke Parlimen, bincangkan dan buat pindaan undang-undang. Sebaliknya perhimpunan ini dirancang semata-mata kerana ada agenda politik tertentu yang berselindung di sebalik gerakan ini.

4.   Kumpulan ini menuntut SPR menggunakan sistem dakwat kekal. Ikut kenyataan SPR, dakwat kekal tidak akan digunakan sebaliknya sistem biometrik, lebih canggih dan berupaya mengesan tahap keselamatan pengundian.

5.   Dalam bab berkempen pula, di Malaysia, kempen pilihan raya penuh 365 hari yakni sepanjang setahun, berbanding dengan negara lain umpamanya Amerika Syarikat, kempen-kempen dihentikan sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya Presiden. Selepas itu mereka bersama-sama memberikan tumpuan kepada pengurusan pentadbiran negara.

6.  Tetapi di negara ini lain caranya, ambil contoh PAS, sentiasa berkempen dari kuliah subuh hingga Qiamullail malah solat hajat pun digunakan untuk berkempen, memaki hamun, memfitnah, mengata dan sebagainya. Setidak-tidaknya penceramah-penceramah kuliah dan kelas-kelas belajar agama diselitkan dengan elemen-elemen kempen pilahan raya.

7.  Perkara-perkara lain yang dibangkitkan seperti kebebasan akhbar, rasuah dan undi pos semuanya sudah menjadi pengetahuan umum. Sebut nama-nama akhbar pembangkang - Harakah, Suara Keadilan dan Selangor Kini - sebagai contoh, banyak dijual di pasaran meskipun ada diantaranya tidak mempunyai permit jualan. Teliti isi kandungannya, sebut apa sahaja isu, semuanya ditulis tanpa ada batasannya, samada fakta atau fitnah, bukankah ini tanda kebebasan suara, kebebasan media? Itu tidak termasuk saluran yang digunakan melalui media baru ciptaan mereka.

8.  Jelas ini memberi gambaran sebenar apa niat kumpulan ini. Jika niat mereka untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), apa perlunya berhimpun, mengumpul ribuan manusia yang menimbulkan berbagai kemungkinan dan kebimbangan rakyat? Bukankah elok sekadar menghantar rombongan terus ke pejabat SUHAKAM. Ini nampak lebih bersih daripada BERSIH tetapi sebaliknya niat buruk dan kotor!

9.  Majoriti rakyat Malaysia yang matang dan rasional pasti menolak niat dan cara kotor ini...!!

Monday 20 June 2011

PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI


1.  9 Julai bakal menjadi hari hitam negara. Agen-agen perosak negara akan berhimpun, berarak, sambil membawa sepanduk dan placard memekik dan merosak harta benda dan keharmonian serta mengancam keselamatan negara. Lihatlah kesan kejadian perhimpunan yang pertama tahun 2007, juga perhimpunan-perhimpunan yang lain.

2.   Kenapa sedemikian? Kerana kerakusan dan mabuk kuasa, mereka akan buat apa saja, matlamat menghalalkan cara, asalkan matlamat tercapai.

3.   Pelan rusuhan dipimpin oleh proksi al-juburi, dan Melayu PAS Mat Sabu jadi barua Datuk Ambiga (Anugerah Datuk yang dikurniakan DYMM Sultan Perak). Apa sudah jadi? Kita bangsa Melayu yang penuh dengan nilai2 sopan dan budi bahasa serta bermaruah sanggup jadi kuda tunggangan hanya untuk membenarkan Anwar Ibrahim ke Putrajaya?

4.   Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Inilah barisan Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0.....Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash..

5.   Apa yang mereka mahu? Mereka mahu hal-hal seperti membersihkan daftar pemilih, mereformasikan sistem pengundian pos, memperkenalkan dakwat kekal, memastikan akses kepada media bebas dan adil, menjamin tempoh minima 21 hari berkempen, menghentikan rasuah dan politik kotor. Nak hentam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? Sudah banyak penambah-baikan dan pindaan undang-undang dibuat, pembersihan daftar pemilih sentiasa dilakukan, pengundi yang telah meninggal dunia telah dikeluarkan dari senarai. Undi pos apa masalahnya? Pemilih yang berkenaan memang dibenarkan oleh undang-undang mengundi cara sedemikian dan setiap parti yang bertanding ada wakil yang melihat. Nak minta supaya guna dakwat kekal? Dakwat telah diuji dan tidak menjamin daripada tidak berlakunya penyelewengan.

6.   Masa berkempen dipanjangkan 21 hari? Ini akan memakan belanja yang besar dan memberi impak kepada keselamatan. Akses media? Bukankah banyak saluran media yang mereka boleh gunakan? Mereka bebas cipta dan terbitkan media elektronik dan media cetak tanpa permit, sedangkan Utusan Malaysia diboikot, apakah ini kebebasan media? Tengoklah Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini dan lain-lain jenis media yang mereka terbitkan.

7.   Politik kotor? Politik tidak kotor, yang kotor pendokong-pendokong politik, dan kebanyakannya yang mengotorkan dan membuat kotor adalah pembangkang! Mereka berbuat jahat diluar gelanggang Parlimen. Malaysia memberi peluang rakyat memillih wakil mereka setiap 5 tahun sekali di peringkat Parlimen dan DUN. Atas nama demokrasi, pembangkang menang dan dapat perintah 4 negeri (Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan). Jika SPR tidak bagus, tidak telus, mana mungkin pembangkang boleh menang hingga menidakkan kemenangan 2/3 Barisan Nasional (BN)!

8.   Sembang-sembang dengan rakan-rakan tentang perhimpunan haram ini, mereka kata Melayu diperkudakan, ikut telunjuk Anwar. Ambiga nak jadi ikon baru kaum India, yang akan rosak nanti peniaga2 yg akan hilang pendapatan, kesesakan lalu-lintas yang amat teruk, pelancung takut nak datang ke Malaysia, pemandu teksi tak dapat hasil, peniaga kecil hilang pendapatan nak sara keluarga...dan bermacam-macam lagi kerosakan yang berlaku....
9.   Ambiga tahu kesan semua ini, tapi apa dia peduli? Ambiga punya pendapatan jumlah yang besar, apa peduli dengan peniaga-peniaga kecil? Apa dia kisah dengan pelancung tidak datang ke negara ini? Bukankah tindakan mereka guna cara Michiaveli, matlamat menghalalkan cara..persetan kerosakan yang berlaku, persetan keselamatan negara, persetan maruah orang-orang Melayu tercemar, persetan semua itu...
10.   Ambiga dengan bongkak berkata, dia akan teruskan perhimpunan dan perarakan haram itu nanti biarpun dia akan ditangkap! Wah...dah mula besar kepala! Berani mencabar kedaulatan undang-undang? Tapi memang beliau dan rakan-rakannya mahu polis menahan dan menangkap mereka, ini akan dijjadikan bahan momokan dan kempen pilihan raya nanti bagi menagih simpati rakyat.
11.  Timbalan Ketua Polis Negara sudah beri amaran yang dikira agak keras dan tegas iaitu polis tidak akan keluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang buat perhimpunan, polis akan ambil tindakan! Kita tabik polis, kita tabik ketegasan polis. Tapi kita nak tengok apa sebenarnya tindakan polis? Boleh kah polis ambil tindakan pre-emptive?
12.  Orang Melayu tidak mendapat sebarang keuntungan daripada perhimpunan haram ini, pihak-pihak yang bersembunyi di belakang tabir hanya menanti saat kaum majoriti berpecah sesama sendiri. Tengoklah nanti, Ambiga dan bangsa lain akan cabut lari awal-awal lagi bila polis bertindak, yang kena bedal nanti budak Melayu!

Thursday 16 June 2011

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH MAIN POLITIK..??

  1. Hangat juga akhir-akhir ini dengan isu-isu semasa; antaranya isu demonstrasi jalanan yang akan didakan oleh gerombolan yang menamakan diri mereka BERSIH - ; juga isu pilihan raya masjid-masjid di Pulau Pinang – dengarnya senarai pemilih rasmi tiada jadi bagaimana mereka hendak mengundi? - satu bukti demokrasi ala DAP!; di Selangor pula isu pengguguran Datuk Dr Hassan Ali dari kerusi YDP PAS Negeri – kecoh sebab tidak ‘sebulu’ dengan pimpinan PAS Pusat dan rakan-rakan dalam kerajaan Negeri, PKR dan DAP!; dan isu Menteri KPKK buat janji kosong, tuduhan datang daripada pemimpin Negeri Sabah.
  2. Tuduhan terhadap Menteri KPKK berkaitan projek Jalur Lebar, satu projek merapatkan jurang digital di Negara ini.
  3. Dari semakan yang dibuat, Jalur Lebar dan Pusat Jalur Lebar Komuniti dikatakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan capaian internet jalur lebar kepada masyarakat di kawasan luar bandar di seluruh Negara. Melalui kemudahan ini, rakyat dapat meng’akses’ komunikasi dan multimedia dengan lebih laju.
  4. Ketika ini penembusan jalur lebar meliputi 31.4%, satu pencapaian yang memberangsangkan melebihi sasaran 30% tahun 2009. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikatakan memerlukan 18.5% lagi untuk mencapai sasaran 50% penembusan menjelang akhir 2011.
  5. Projek ini diperluaskan ke seluruh Negara. Keluasan mukabumi dan keadaan geografi negeri Sabah dan Sarawak memberi kekangan untuk mencapai sasaran dengan cepat terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Walaupun kadar penembusan jalur lebar ini rendah di Sabah dengan capaian hanya 16% tahun ini tetapi ianya tidaklah seteruk Kelantan (13.9%) dan Kedah (19.7%).
  6. Kerajaan Negeri dan Persekutuan sedang memulakan beberapa projek untuk meningkatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terutamanya kepada penduduk kampong pedalaman. Projek “e-Desa Kundasang” umpamanya, disasarkan kepada petani di kawasan pedalaman di Kampung Bundu Tuhan. Ini bagi memperkenalkan penggunaan dan nilai ICT kepada penduduk kampong.
  7. Kerajaan melalui SKMM telah menyediakan peruntukan yang besar iaitu RM383 juta untuk negeri Sabah bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2012 dalam usaha merapatkan jurang digital dalam program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
  8. Secara logiknya, dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu dasar tentulah memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk melihat keberkesanannya. Begitu juga dengan program penembusan jalur lebar ini. Mana mungkin program ini boleh mencapai sasaran dalam sekelip mata kerana ia memerlukan pelaksanaan infrastruktur yang sesuai juga. Saya yakin bahawa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan demi perubahan. Ini bukanlah sesuatu yang mudah.
  9. Dalam isu pemberian Netbook 1Malaysia pula, ia diberikan kepada pelajar-pelajar yang dipilih khas. Fasa pertama sahaja 10,000 unit komputer riba telah diagih-agihkan di Sabah dan sebanyak 49,832 unit lagi akan diedarkan dalam masa yang terdekat ini. Pemberian alat ini memberi peluang dan kemudahan kepada pelajar-peljar untuk belajar dan mengenali teknologi maklumat kearah melahirkan masyarakat yang celik IT. Kegunaan komputer riba mengakses internet hanya 1% daripada kepasiti keseluruhannya.
  10. Ini diakui sendiri oleh Dr. Yee Moh Chai semasa melancarkan Siri Ceramah Peluang Jalur Lebar pada 10 November 2010 di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau juga berkata, Projek Pusat Komuniti dilaksanakan di Kampung Sungai Damit, Tuaran; Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti di Kanibongan, Pitas; dan Pusat Jalur Lebar Komuniti di Kampung Sukau, Sandakan. Peluang ini diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati kemudahan prasarana teknologi maklumat.
  11. Dr. Yee Moh Chai, pastinya seorang yang dianggap professional. Apa tidaknya, dengan kelulusan yang beliau ada, menang pula dalam pilihan raya DUN N15 Api-Api, kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri. Tentunya kita beranggapan bahawa dengan latar belakang sebagai seorang professional dan memegang jawatan kanan dalam kerajaan negeri, beliau mempunyai advantage untuk menjaga kedudukan dan kewibawaan beliau.
  12. Dengan cara membuat kenyataan terbuka dengan tuduhan berat terhadap seorang Menteri lain dari Persekutuan amatlah berat dan keterlaluan. Tuduhan “Rais buat janji kosong” umpamanya satu kenyataan berniat jahat. Apabila akhbar-akhbar harian di Sabah seperti Daily Express, New Sabah Times, See Hua Daily, Overse Chinese Daily dan Borneo Post menyiarkan kenyataan beliau maka rakyat melihat bahawa ada yang tidak kena dengan kenyataan tersebut. Berdasarkan kepada fakta dan pelaksanaan projek jalur lebar ini, apakah alasan beliau untuk membuat tuduhan. Apakah ada agenda peribadi?
  13. Apakah tidak ada ruang untuk beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Menteri? Saya percaya tentu ada, umpamanya minggu yang baru berlalu DSU Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK hadir dalam majlis sambutan Tadau Keamatan di Kota Kinabalu. Lagipun Dr. Yee Moh Chai sebagai menteri kanan beliau tentunya mempunyai peluang yang cukup untuk berbincang dalam platform rasmi atau tidak rasmi, dalam mesyuarat, dalam perjumpaan dan sebagainya. Mengapa beliau tidak menggunakan ruang dan peluang tersebut?
  14. Sebagai seorang yang berkedudukan tinggi dan dihormati, gunakanlah platform yang sesuai untuk berbincang. Elakkan daripada polemik akibat tindakan atau kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.
  15. Usah bermain politik sesama sendiri, jangan beri pembangkang kesempatan...!!


Sunday 12 June 2011

UMNO & PAS : MUSUH 33 TAHUN!!!


1.   Surah al-Maidah, ayat 2, memberi maksud, "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

2.   Ini merupakan peringatan Allah SWT terhadap golongan yang sentiasa bergelumang atau menyokong atau menyuburkan atau mengagungkan dosa dan permusuhan sesama sendiri.

3.   Dalam konteks politik di negara ini, UMNO dan PAS telah lama bermusuhan bermula sejak tahun 1978, ertinya sudah 33 tahun merka bermasam muka. Dalam tempoh itu, ramai sudah pemimpin dan ahli-ahli yang mendokong permusuhan atau terlibat sama telah menemui Allah SWT.

4.  Kita berasa letih dan bosan melihat pertelingkahan sesama muslim yang bagaikan tiada penghujungnya. Masing-masing tetap berkeras menegakkan pandangan kelompok sendiri. Sebenarnya tiada kelompok mana-mana pun boleh mendakwa bahawa kebenaran itu monopoli kelompok tertentu sahaja. Kebenaran adalah milik Allah, bukannya milik mana-mana individu. Setiap dari kita diwajibkan berusaha menegakkan agama Allah, agama yang benar dan tindakan yang benar.

5.   Mengapakah umat Islam dilihat sentiasa suka bersangka buruk? Bukankah sikap ini dikeji Islam? Sampai bilakah umat Islam akan sentiasa begini?

6.   Kemana perginya alim ulamak, tokoh-tokoh agama Islam yang tersohor? Kenapa masih berdiam diri? Kenapa masih berkeras hati? Kenapa takut? atau tidak ambil kisah?

7.   Yang pastinya hari ini, keadaan semakin kronik. Gerakan musuh-musuh Islam terang-terangan berusaha memacah-belahkan perpaduan sesama Islam. Kes perjumpaan tertutup Ketua-Ketua Padri dan Gereja Kristian di Pulau Pinang baru-baru ini menjadi bukti terhadap kerapuhan perpaduan umat Islam. Mereka atas sifat pengamal agama Kristian akan tetap menentang Islam. Dalam konteks negara ini, mereka berusaha untuk menukar agama rasmi negara kepada agama Kristian! Sanggupkah kita dipayungi agama Kristian dalam negara ini yang dianggap tanahair sendiri?

8.   Telah ada usaha ke arah penyatuan ini. Tetapi langkah dan usaha penyatuan umat Islam disambut dingin oleh umat Islam sendiri terutama pemimpin tertinggi PAS (dalam isu ini disebut Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS). PAS tidak dapat menerima lamaran UMNO untuk bersatu. Mereka tidak yakin atas keikhlasan UMNO. Sebaliknya mereka meminta bubarkan UMNO dan masuk PAS. Apa yang dimaksudkan UMNO ialah penyatuan dalam pemikiran dan tindakan bersama yang melibatkan hal-hal agama Islam dan bangsa Melayu. Perbezaan ideologi politik jangan dijadikan tembok pemisah yang tidak memungkinkan penyatuan ini berlaku.

9.   Fikirlah secara bijaksana dan istiqamah demi masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kita. Jangan kita lupakan kata-kata pujangga, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!". Bertolong-tolongan lah kita untuk kebaikan bersama semoga Allah SWT memberi Rahmat dan HidayahNya kepada kita semua....

Saturday 4 June 2011

PAS TOLAK KEPEMIMPINAN ULAMA

1.   Akhirnya rancangan Anwar untuk menobatkan ayam sabungnya, Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS telah berjaya.
2.   Beliau mendapat undi sebanyak 420 menyingkirkan penyandangnya Nasharuddin Isa (224) dan Tuan Ibrahim Man Tuan (399). Ini merupakan tamparan maut buat Nasharudin Mat Isa yang tewas setelah dua penggal menduduki kerusi tersebut.

3.    Untuk memujuk hatinya sendiri, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa perwakilan sudah faham bahawa pemilihan kali ini membuktikan bahawa ada Majlis Syura Ulama yang akan memainkan peranan penting yang dianggap sebagai panduan. Beliau tidak menganggap keputusan ini mencerminkan penolakan terhadap ulama, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat.
4.   Ertinya Mat Sabu yang dianggap dalam golongan Erdogan berjaya menembusi tembok golongan ulama PAS yang mendominasi barisan kepemimpinan PAS selama ini.
5.    Bagi jawatan Naib Presiden pula, Sallahudin Ayob, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar, telah berjaya mengekalkan kerusi masing-masing dengan undian 753, 660 dan 616.
6.    Presiden PAS yang terus menang tanpa perlu bertanding, Datuk Seri Haji Hadi Awang pula terus membuat perakuan bahawa tiada masalah baginya untuk menerima timbalan dari golongan bukan ulama. Semua sama sahaja, katanya. Janji boleh membantunya melaksanakan slogan Negara berkebajikan.
7.    Patutlah slogan menubuhkan Negara Islam telah dikuburkan kerana beliau telah awal-awal lagi dapat menghidu bahawa golongan bukan ulama akan mengambil alih tampuk kepemimpinan PAS. Sekarang diganti dengan slogan Negara berkebajikan pula.
8.    Dengan kemenangan Mat Sabu dan geng-gengnya maka seruan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Harun Taib supaya mengekalkan kepemimpinan ulama ditolak mentah-mentah oleh perwakilan. Mereka mahukan perubahan besar dalam PAS, mereka selama ini merasakan mereka asyik terperosok bawah tempurung ulama yang otordoks. Mereka mahu bebas, mereka mahu lihat dunia baru. Ini yang diharap daripada Mat Sabu.
9.    Lagipun Mat Sabu yang sering lantang membawa berbagai gimik kepada PAS. Antaranya beliaulah yang memberi gelaran al-Juburi kepada Anwar Ibrahim maka sampai hari ini, orang mengenali Anwar sebagai Anwar al-Juburi. Orang lain tak boleh marah sebab Mat Sabu yang mengalungkan gelaran ini.
10.   Kita akan lihat apa yang berlaku selepas ini, apakah Mat Sabu akan menyambut pelukan atau menyerang sahabatnya Anwar al-Juburi!