1. Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Negara diselubungi dengan bahang kehangatan dengan isu panas BERSIH iaitu singkatan nama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Orang yang mengetuai kumpulan ini ialah Datuk S. Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam, yang kini dilihat condong kepada pembangkang, yang ‘anti-establishment’.
3. Maka mereka mendokong BERSIH yang memang tidak bersih tujuan, niat, kesan dan matlamatnya. Mereka hanya mahu kuasa untuk melakukan apa saja perkara sesuka hati tanpa menghirau pandangan orang lain apabila sudah mendapat kuasa.
4. Kumpulan ini ada niat kotor apabila sudah tahu dan sengaja membiarkan pertembungan dengan gerombolan PERKASA dan Pemuda UMNO.
5. Teruskanlah wahai Ambiga dan kiasu yang terlibat. Jika berlaku apa-apa kerosakan dan kemusnaha kelak, Ambiga dan konco-konconya perlu bertanggungjawab. Selain menuntut 8 perkara (sebenarnya 4 perkara sahaja yang berkaitan dengan SPR, yang lain bukan) ada agenda lain yang tersirat. Heboh sudah bahawa kumpulan ini turut mempromosikan fahaman komunis di Pulau Pinang. Polis pun merampas banyak risalah dan baju T yang cuba diedarkan kepada orangramai.
6. Ancaman terhadap keselamatan Negara melalui gerakan komunis kini mula meresapi demonstrasi haram ini. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan menyebarkan propaganda jahat untuk menggulingkan kerajaan. Sungguh tak disangka akan kemunculan semula gerakan komunis dalam Negara kita. Nampaknya semua bekas tentera akan mengilap semula senjata untuk sama-sama mempertahankan Negara daripada komunis durjana.
7. Kepada penganjur perhimpunan haram ini, janganlah dikotorkan Negara kami yang telah sedia bersih hasil usaha dan kerja kuat kerajaan yang ada. Kalau tidak senang duduk di Negara ini, pergilah ke Singapura yang kononnya lebih bersih atau pindahlah ke mana Negara selain Malaysia.
9. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diharap mengambil tindakan awal mencegah kejadian yang tidak diingini, umpamanya tidak memberi permit kepada mana-mana kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan, menahan dan menangkap mereka dan ejen-ejen mereka yang disyakki terlibat menganjur perhimpunan. Sehingga 27 Jun, sebanyak 1,697 laporan polis telah dibuat oleh berbagai pihak yang tidak bersetuju dengan perhimpunan ini. Oleh itu PDRM tolong bersihkan mereka daripada cubaan menggugat ketenteraman dan keselamatan rakyat. Rakyat telah memberi mandat untuk polis bertindak segera.
10. Majoriti rakyat Malaysia mahukan supaya perhimpunan haram ini DIBATALKAN!.
No comments:
Post a Comment