1. Gabungan pembangkang dan penyokong-penyokongnya menggunakan cara kotor untuk merampas kuasa.
2. Mereka mengambil contoh kebangkitan rakyat di negara-negara Timur Tengah seperti Tunis, Libya, Yemen dan lain-lain bagi menghasut rakyat untuk mengikut kehendaknya. Tetapi situasi di sana amat berbeza, mereka tidak mengamalkan demokrasi sebaliknya kerajaan autokratik.
3. Jika kumpulan pembangkang ini mahukan sebuah pilihan raya bersih seperti yang mereka fikirkan, mereka patut bawa ke Parlimen, bincangkan dan buat pindaan undang-undang. Sebaliknya perhimpunan ini dirancang semata-mata kerana ada agenda politik tertentu yang berselindung di sebalik gerakan ini.
4. Kumpulan ini menuntut SPR menggunakan sistem dakwat kekal. Ikut kenyataan SPR, dakwat kekal tidak akan digunakan sebaliknya sistem biometrik, lebih canggih dan berupaya mengesan tahap keselamatan pengundian.
5. Dalam bab berkempen pula, di Malaysia, kempen pilihan raya penuh 365 hari yakni sepanjang setahun, berbanding dengan negara lain umpamanya Amerika Syarikat, kempen-kempen dihentikan sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya Presiden. Selepas itu mereka bersama-sama memberikan tumpuan kepada pengurusan pentadbiran negara.
6. Tetapi di negara ini lain caranya, ambil contoh PAS, sentiasa berkempen dari kuliah subuh hingga Qiamullail malah solat hajat pun digunakan untuk berkempen, memaki hamun, memfitnah, mengata dan sebagainya. Setidak-tidaknya penceramah-penceramah kuliah dan kelas-kelas belajar agama diselitkan dengan elemen-elemen kempen pilahan raya.
7. Perkara-perkara lain yang dibangkitkan seperti kebebasan akhbar, rasuah dan undi pos semuanya sudah menjadi pengetahuan umum. Sebut nama-nama akhbar pembangkang - Harakah, Suara Keadilan dan Selangor Kini - sebagai contoh, banyak dijual di pasaran meskipun ada diantaranya tidak mempunyai permit jualan. Teliti isi kandungannya, sebut apa sahaja isu, semuanya ditulis tanpa ada batasannya, samada fakta atau fitnah, bukankah ini tanda kebebasan suara, kebebasan media? Itu tidak termasuk saluran yang digunakan melalui media baru ciptaan mereka.
8. Jelas ini memberi gambaran sebenar apa niat kumpulan ini. Jika niat mereka untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), apa perlunya berhimpun, mengumpul ribuan manusia yang menimbulkan berbagai kemungkinan dan kebimbangan rakyat? Bukankah elok sekadar menghantar rombongan terus ke pejabat SUHAKAM. Ini nampak lebih bersih daripada BERSIH tetapi sebaliknya niat buruk dan kotor!
9. Majoriti rakyat Malaysia yang matang dan rasional pasti menolak niat dan cara kotor ini...!!
No comments:
Post a Comment