Tuesday 27 March 2012

PARTI-PARTI PEMBANGKANG AKAN KEHILANGAN BANYAK KERUSI DALAM PRU 13



1.     Pilihan raya umum tahun 2008 berlaku apa yang dikatakan tsunami politik dimana Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan kalah di beberapa negeri termasuk Selangor, Perak (diperintah semula akibat ADUN pembangkang lompat parti), Pulau Pinang dan Kedah manakala Kelantan masih kekal dibawah payung pembangkang.

2.     Tsunami politik dijangkakan akan berulang lagi pada PRU ke 13 ini, tetapi ia akan berlaku kepada parti-parti pembangkang terutama PKR, PAS dan DAP.

3.     Kemarahan dan ketidak-puas-hatian rakyat terutama orang Melayu terhadap pucuk pimpinan semasa PRU 12 dahulu semakin reda. Senario politik telah berubah.

4.     Selepas peralihan pucuk pimpinan, Dato’ Sri Najib Tun Razak berusaha menerapkan pendekatan, cara dan idea yang agak berbeza dan disukai ramai. Beliau melakukan banyak perubahan atau tranformasi bagi mengembalikan keyakinan rakyat seperti transformasi kerajaan, transformasi ekonomi dan transformasi politik.

5.     Bagi mengembalikan sokongan rakyat dan mencapai kemenangan yang besar iaitu untuk mendapat majority 2/3 dalam Parlimen, rakyat atau khususnya pengundi sedang menunggu siapakah “winnable candidate” dalam kawasan mereka. Bakal calon yang “boleh menang” yang akan diumumkan Pengerusi Barisan Nasional sememangnya dinanti-nantikan supaya sokongan pengundi benar-benar dapat diperolehi. Kualiti calon akan menjadi pertimbangan pengundi yang diharapkan memenuhi aspirasi rakyat dan boleh melaksanakan janji-janji yang diucapkan.

6.     Persediaan rapi sedang diatur bagi merampas kembali negeri-negeri berkenaan. Tunggu serangan balas jentera parti dan pengundi yang kini berpihak kepada Barisan Nasional. “Mood” pengundi menyebelahi Najib, kata seorang penganalis politik. Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan dirampas kembali kepada pemerintahan BN!
www.wiramalaysia.blogspot.com