1. Sebenarnya kita sedang berada dalam “Peperangan Otak” (Battle of the Brain Power) yang sangat serius. Kaum mana yang lebih cerdik, yang lebih pintar, yang lebih berani, lebih cergas dan lebih dinamik, kaum itulah yang lebih berkuasa dan akan memerintah Negara ini.
2. Kita perlu merancangdan melaksanakan strategi untuk meningkatkan kuasa pemikiran Melayu. Kita perlu bangkitkan semula kekuatan dan kehandalan pemikiran Melayu seperti 4,000 tahun dulu di mana nenek moyang kita berjaya menjelajah, meneroka dan mendirikan kerajaan dalam beberapa Negara di Selatan Asia, di rantau Asia Pasifik dan di Lautan Hindi.
3. Hari ini pemikiran Melayu rendah, kita mengalah, kita terlalu suka memberi walaupun tidak dminta, kita takut untuk menuntut hak istimewa kita sendiri walhal ia telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan banyak lagi kerana pemikiran kita kurang tajam, kurang cekap dan ramai tidak ambil kisah apa yang akan berlaku kepada Melayu.
4. Untuk menyelamatkan Melayu dan Negara daripada diperintah oleh kaum lain, kita perlu, tidak boleh tidak, mempunyai kuasa pemikiran yang sungguh kuat, tinggi, jitu, tajam, berani, cekap, proaktif dan strategik; lebih kuat daripada pemikiran kaum lain, jika tidak kita akan menjadi ‘rumput di tepi jalan’.
5. Kita perlu melihat dan mengkaji semula peningkatan kuasa pemikiran Melayu daalam beberapa aspek, iaitu pengaruh budaya, peranan sikap, peranan pendidikan dan peranan pengurusan.
6. Kita perlu mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan. Empat aspek utama yang perlu diberikan perhatian dan penekanan ialah ilmu (kefahaman yang benar dan wajar), penyebaran kebenaran, membangkitkan perjuangan dan bertindak aktif.
7. Kata pendeta Za’ba, “akhirnya kita terpaksa bergantung kepada diri sendiri”.
No comments:
Post a Comment