Monday 23 July 2012

ISU PASIR DI SELANGOR




1)      Apakah isu pasir dan mengapakah ia timbul?
·  Isu pasir ditimbulkan oleh Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) berkaitan dengan kegiatan pengorekan dan penjualan pasir di Selangor semasa zaman pentadbiran BN di Selangor.

·    Pendedahan oleh Real Estate And Housing Developers' Association Malaysia (REHDA) negeri Selangor menyatakan bahawa permintaan pasir dalam negeri Selangor pada 2007 adalah sekitar 50 juta tan metrik tetapi kerajaan BN Selangor hanya mampu mengeluarkan 17 juta tan metrik setahun.

·         Perbezaan ini menyebabkan kerajaan Selangor sedia ada memutuskan agar hasil batuan dan mineral termasuk hasil pasir diuruskan sendiri oleh Kerajaan negeri.


·         Sebuah syarikat di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) telah ditubuhkan bagi mengendalikan hasil batuan di negeri Selangor agar lebih teratur untuk mengutip 150 juta tan metrik setahun bagi memaksimumkan pendapatan negeri Selangor.

       2)      Sejak bilakah isu pasir ini berlaku?
·      Kumpulan Semesta Sdn. Bhd telah memulakan aktiviti pengorekan pasir di seluruh Selangor bermula awal 2009 melalui syarikat swasta yang dilantik.

·       Pejabat Menteri Besar Selangor pada 9hb Mac 2010 telah mengumumkan bahawa KSSB telah mencatat keuntungan kira-kira RM20 juta bersamaan dengan 10.9 juta tan metrik (royalti untuk satu tan metrik adalah RM1.82) sepanjang tahun 2009 padahal janji MB adalah untuk memperoleh RM150 juta setahun.

·      Konflik berlaku apabila Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abdul Majid mengumumkan bahawa sebenarnya keuntungan KSSB untuk 2009 hanyalah RM10 juta dan bukannya RM20 juta seperti yang didedahkan oleh Pejabat MB Selangor. Ir. Ramli Abdul Majid mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan kerana penyelewengan yang berlaku di KSSB yang dilakukan oleh kepimpinan negeri Selangor.

3)      Siapakah yang terlibat dengan isu ini?
·  Selcat yang ditubuhkan kononnya untuk menunjukkan bahawa kerajaan pembangkang Selangor bersikap telus dan anti penyelewengan tetapi hakikatnya penubuhan KSSB hanyalah syarikat broker yang menguruskan syarikat-syarikat swasta mengorek pasir dengan mengambil untung atas angin berlipat kali ganda bahkan keuntungan KSSB lebih besar daripada royalti yang dibayar kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTG) iaitu hanya RM4 juta daripada RM10 juta keuntungan.

4)      Apakah kesan daripada kecurian pasir?
·        Kerajaan Barisan Nasional terdahulu telah membuat keputusan mengharamkan semua aktiviti perlombongan pasir atas tanah kerajaan kerana ia akan menjejaskan struktur tanah pada masa hadapan dan menyebabkan implikasi alam sekitar yang serius

·         Ini berbeza dengan sikap kerajaan negeri hari ini mahu memaksimakan keuntungan penjualan pasir dengan membenarkan aktiviti pengorekan pasir dijalankan di atas tanah kerajaan terutama di kawasan Parlimen Sepang.

5)      Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengekang isu pasir?
·    Pihak kerajaan negeri sebenarnya gagal membendung operasi perlombongan pasir secara haram di Selangor buktinya pada Mei 2010 pihak pengurusan KSSB ada membuat rayuan kepada pihak berkuasa negeri bagi mengurangkan kompaun yang dikenakan ke atas beberapa syarikat / kontraktor di bawah pengawasannya yang didapati telah melakukan kesalahan selain pihak kerajaan negeri  akan menghadiahkan RM5,000 kepada JKKK(N) dan Ketua Kampung jika mereka berjaya membantu menangkap pencuri pasir.

·      Isu pasir ini sebenarnya telah menunjukkan betapa isu salah tadbir, penyalahgunaan kuasa dan yang paling parah ialah pembohongan telah menyelubungi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Pembangkang yang hanya berselindung disebalik Selcat tetapi sebenarnya hanya ingin memaksimakan keuntungan tanpa mengambil kira kerosakan alam sekitar.


6)      Apakah kesan sekiranya pengorekan pasir terus dilakukan?
·         Negeri Selangor akan menjadi sebuah negeri yang memiliki kawah/lubang yang amat besar sehinggakan rakyatnya tiada tempat untuk tinggal dalam masa empat tahun lagi sekiranya pengorekan pasir yang dilakukan secara intensif untuk mencapai matlamat kerajaan pimpinan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu 66 juta tan metrik pasir digali.

·         Kerajaan negeri semasa BN mentadbir dahulu tidak membenarkan perlombongan pasir atas tanah kerajaan atas faktor alam sekitar dan kestabilan tanah.

·         Pengorekan pasir akan menyebabkan tanah menjadi berlubang dan meningkatkan kos jika mahu menambak semula dan ia akan mengakibatkan tanah milik kerajaan negeri jatuh nilai dan pada masa hadapan mungkin banyak tanah di Selangor tidak boleh dibangunkan.

No comments:

Post a Comment