1) Apakah isu pasir dan mengapakah ia timbul?
· Isu pasir ditimbulkan oleh Select Committee for
Competency, Accountability and Transparency (Selcat) berkaitan dengan kegiatan
pengorekan dan penjualan pasir di Selangor semasa zaman pentadbiran BN di
Selangor.
· Pendedahan oleh Real Estate And Housing Developers'
Association Malaysia (REHDA) negeri Selangor menyatakan bahawa permintaan pasir
dalam negeri Selangor pada 2007 adalah sekitar 50 juta tan metrik tetapi
kerajaan BN Selangor hanya mampu mengeluarkan 17 juta tan metrik setahun.
·
Perbezaan ini menyebabkan kerajaan Selangor sedia ada memutuskan
agar hasil batuan dan mineral termasuk hasil pasir diuruskan sendiri oleh
Kerajaan negeri.
2) Sejak bilakah isu pasir ini berlaku?
· Kumpulan Semesta Sdn. Bhd telah memulakan aktiviti
pengorekan pasir di seluruh Selangor bermula awal 2009 melalui syarikat swasta
yang dilantik.
· Pejabat Menteri Besar Selangor pada 9hb Mac 2010 telah
mengumumkan bahawa KSSB telah mencatat keuntungan kira-kira RM20 juta bersamaan
dengan 10.9 juta tan metrik (royalti untuk satu tan metrik adalah RM1.82) sepanjang
tahun 2009 padahal janji MB adalah untuk memperoleh RM150 juta setahun.
· Konflik berlaku apabila Pengarah Eksekutif KSSB, Ir.
Ramli Abdul Majid mengumumkan bahawa sebenarnya keuntungan KSSB untuk 2009
hanyalah RM10 juta dan bukannya RM20 juta seperti yang didedahkan oleh Pejabat
MB Selangor. Ir. Ramli Abdul Majid mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan
kerana penyelewengan yang berlaku di KSSB yang dilakukan oleh kepimpinan negeri
Selangor.
3) Siapakah yang terlibat dengan isu ini?
· Selcat yang ditubuhkan kononnya untuk menunjukkan
bahawa kerajaan pembangkang Selangor bersikap telus dan anti penyelewengan
tetapi hakikatnya penubuhan KSSB hanyalah syarikat broker yang menguruskan
syarikat-syarikat swasta mengorek pasir dengan mengambil untung atas angin berlipat
kali ganda bahkan keuntungan KSSB lebih besar daripada royalti yang dibayar
kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTG) iaitu hanya RM4 juta daripada
RM10 juta keuntungan.
4) Apakah kesan daripada kecurian pasir?
· Kerajaan Barisan Nasional terdahulu telah membuat
keputusan mengharamkan semua aktiviti perlombongan pasir atas tanah kerajaan kerana
ia akan menjejaskan struktur tanah pada masa hadapan dan menyebabkan implikasi
alam sekitar yang serius
·
Ini berbeza dengan sikap kerajaan negeri hari ini mahu
memaksimakan keuntungan penjualan pasir dengan membenarkan aktiviti pengorekan
pasir dijalankan di atas tanah kerajaan terutama di kawasan Parlimen Sepang.
5) Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi
mengekang isu pasir?
· Pihak kerajaan negeri sebenarnya gagal membendung
operasi perlombongan pasir secara haram di Selangor buktinya pada Mei 2010
pihak pengurusan KSSB ada membuat rayuan kepada pihak berkuasa negeri bagi
mengurangkan kompaun yang dikenakan ke atas beberapa syarikat / kontraktor di
bawah pengawasannya yang didapati telah melakukan kesalahan selain pihak kerajaan
negeri akan menghadiahkan RM5,000 kepada
JKKK(N) dan Ketua Kampung jika mereka berjaya membantu menangkap pencuri pasir.
· Isu pasir ini sebenarnya telah menunjukkan betapa isu
salah tadbir, penyalahgunaan kuasa dan yang paling parah ialah pembohongan
telah menyelubungi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Pembangkang yang hanya
berselindung disebalik Selcat tetapi sebenarnya hanya ingin memaksimakan
keuntungan tanpa mengambil kira kerosakan alam sekitar.
6) Apakah kesan sekiranya pengorekan pasir terus
dilakukan?
·
Negeri Selangor akan menjadi sebuah negeri yang
memiliki kawah/lubang yang amat besar sehinggakan rakyatnya tiada tempat untuk
tinggal dalam masa empat tahun lagi sekiranya pengorekan pasir yang dilakukan
secara intensif untuk mencapai matlamat kerajaan pimpinan MB Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim iaitu 66 juta tan metrik pasir digali.
·
Kerajaan negeri semasa BN mentadbir dahulu tidak
membenarkan perlombongan pasir atas tanah kerajaan atas faktor alam sekitar dan
kestabilan tanah.
·
Pengorekan pasir akan menyebabkan tanah menjadi
berlubang dan meningkatkan kos jika mahu menambak semula dan ia akan
mengakibatkan tanah milik kerajaan negeri jatuh nilai dan pada masa hadapan
mungkin banyak tanah di Selangor tidak boleh dibangunkan.