1. Semenjak Mat Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memberi keuntungan politik kepada parti pembangkang terutama DAP. Dengan undi sebanyak 420 menyingkirkan penyandangnya Nasharuddin Isa (224) dan Tuan Ibrahim Man Tuan (399), beliau penuh yakin bertindak sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara (sebenarnya hanya setakat berceramah sahaja) membidas Barisan Nasional khususnya UMNO.
2. Terkini Mat Sabu dengan angkuh dan sikap bodohnya menyatakan beliau akan mengubah fakta sejarah Negara. Katanya, fakta sejarah yang ditulis sekarang tidak betul. Beliau mengambil contoh peristiwa Bukit Kepong dimana Muhammad Indera, lelaki Melayu yang mengkhianati bangsanya sendiri yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 orang komunis dianggap hero sebenar walaupun mereka sebenarnya yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka yang diserang hendap dibalai tersebut. Mat Sabu kata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh pasukan polis sebagai hero sebenar!
3. Mat Sabu kata Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abd Rahman bukan pejuang kemerdekaan sebab mereka pegawai British.
4. Kata-kata ini disebutkan semasa Mat Sabu berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos bersamaan 21 Ramadhan yang lalu. Kerana kemaruk kuasa politik Mat Sabu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengambil alih Putrajaya. Beliau berikrar akan mengubah semula fakta sejarah Negara.
5. Mat Sabu sanggup menyanjung angota komunis sebagai hero dan menghina anggota-anggota polis yang berjuang menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan Negara. Maknanya apa yang telah dilakukan oleh anggota polis dan askar dahulu tak berguna langsung, tidak membawa apa-apa erti dan membazir. Pada pendapat Mat Sabu, kemerdekaan yang diusahakan oleh Tunku Abd Rahman dan rakan-rakan yang lain tak patut berlaku. Patut komunis yang beri kemerdekaan bukan British.!
6. Kini diketahui selepas Anwar dianggap sebagai pengkhianat, ada seorang lagi Melayu bernama Mat Sabu yang akan menghancurkan bangsanya.
7. Walaupun Anwar “al-Juburi” (gelaran yang diberikan oleh Mat Sabu) setelah Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri menjelaskan peristiwa Mat Sabu (Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan) ditangkap berkhalwat dengan isteri orang bernama Norma di Hotel Perdana di Kota Baru pada tahun 1995. Mat Sabu ditangkap oleh Majlis Islam Negeri Kelantan. Mat Sabu amat marah dengan Anwar kerana menggunakan media arus perdana menceritakan kisah khalwatnya dan mengaibkan beliau.
8. Mungkin juga Mat Sabu sedang berkira-kira untuk mengubah fakta sejarah itu dengan mengatakan beliau tidak dikenakan hukuman sebab telah dibebaskan. Anwar lah yang membantu membebaskan beliau. Meskipun beliau memang berkhalwat dalam Bilik 121 itu namun Anwar adalah hero yang telah menyelamatkannya dari hukuman mahkamah.
9. Sekarang Mat Sabu ‘cium mulut’ dengan Anwar dan Kit Siang. Mat Sabu boleh juga tolong ubahkan fakta bahawa Anwar masuk UMNO dulu kerana tergila-gilakan jawatan tinggi dalam UMNO umpama Ketua Pemuda UMNO atau Mente ri! Anwar hanya nak bantu Mahathir sahaja, tak lebih dari itu.
10. Atau Mat Sabu tolong ubahkan fakta sejarah bahawa beliau bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh dalam tahun 1986 kerana tidak berpuas hati sebab Anwar tinggalkan ABIM dan menyertai UMNO.
11. Atau Mat Sabu tolong ubahkan fakta sejarah bahawa Anwar amat tidak berkenan dengannya ketika sama-sama di Yayasan Anda, atau ubah fakta sejarah peribadinya yang dipecat dari belajar di ITM (kini UiTM) pada tahun 1975.
12. Mat Sabu mahu dikenang nanti sebagai seorang rakyat Malaysia yang Berjaya merubah fakta sejarahnya sendiri.
13. Mat Sabu akan terus berkokok dan tahu ekornya bergelumang dengan tahinya sendiri…!!